Luahan hati mangsa toreh muka Nur Shafiqa | Walaupun sukar untuk menerima hakikat apabila melihat wajah yang cantik bakal mempunyai parut kekal tetapi Nur Shafiqa tetap reda dalam menempuh dugaan besar itu.
Gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.
“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah. Kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya.
Keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya kini masih lagi berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan untuk kembali sihat seperti kebiasaannyaselalu.
“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan dengan penjenayah itu.
“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi ingauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” tambahnya.
Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan serta hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.
“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu,” ujarnya lagi.
Berkaitan : Gambar mangsa toreh muka Nur Shafiqa
No comments
Post a Comment