Biodata Lee kuan yew - perdana mentri singapura


Biodata Lee kuan yew - perdana mentri singapura

16 September 1923: Lee dilahirkan di Singapura, kemudiannya tanah jajahan British.

1942-45: Mendapat pendidikan di Raffles College tetapi tergendala akibat penjajahan Jepun di Singapura pada Perang Dunia II.

1946: Pergi ke England dan mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Cambridge, dikenali dengan panggilan Harry, nama panggilan oleh datuknya.

1947: Berkahwin secara rahsia dengan Kwa Geok Choo, rakan pengajian di Cambridge.

1950: Kembali ke Singapura.

1954: Bantu Parti Tindakan Rakyat, menjadi setiausaha agung parti.

1955: Menang kerusi dewan undangan, tubuh firma undang-undang Lee & Lee bersama isterinya.

1959: Lee menjadi Perdana Menteri Singapura selepas Parti Tindakan Rakyat menang besar dalam pilihan raya umum. Britain memberi Singapura kuasa mentadbir sendiri dalam semua urusan kecuali pertahanan dan hal ehwal luar negara.

1963: Lee mengumumkan Singapura merdeka sepenuhnya daripada Britain, menyertai Malaya untuk tubuh Persekutuan Malaysia.

1965: Singapura berpisah dari Malaysia.

1968, 1976, 1980: Di bawah pimpinan Lee, parti pemerintah menang semua kerusi dalam pilihan raya Parlimen.

1990: Selepas Singapura menikmati lebih dua dekad pertumbuhan ekonomi yang pesat, Lee letak jawatan sebagai perdana menteri. Mendiang dilantik sebagai menteri kanan dan semakin berpengaruh.

2004: Anak lelakinya, Lee Hsein Loong menjadi perdana menteri Singapura ketiga.

2011: Letak jawatan menteri Kabinet dan letak jawatan dari jawatankuasa eksekutif Parti Tindakan Rakyat selepas prestasi parti itu merosot sedikit.

5 Ferbuari 2015: Dimasukkan ke hospital kerana alami radang paru-paru yang teruk.

23 Mac 2015 - Lee meninggal dunia di Hospital Besar Singapura.


Sumber : berita harian
Biodata Lee kuan yew - perdana mentri singapura 4.5 5 OmG Sunday, 22 March 2015 Biodata Lee kuan yew - perdana mentri singapura Biodata Lee kuan yew - perdana mentri singapura 16 September 1923: Lee dilahirkan di Singapura, kemudiannya tanah jajahan British. 1942...





Sunday, 22 March 2015

If you enjoyed this article, sign up for free updates.

author picture

About Author

I'am OmG, a part-time blogger and template designer from Indonesia who is the founder And Author of Butod-Ketot. I love create Blogger Themes, write about blog design, And Blogspot tweaks. You can subscribe me on G+ @ OmG .

No comments

.