Adi putra disyaki terkena gejala 'slipped disc'


Adi putra disyaki terkena gejala 'slipped disc' - KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Adi Putra, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak atau slipped disc.

Finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di ibu negara, malam tadi.

"Saya diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital.

"Selepas diberikan suntikan tahan sakit, saya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.

"Saya tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan saya lalui hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI)". - katanya.

Adi putra disyaki terkena gejala 'slipped disc'

Justeru, Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot, memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.

"Sebelum ke majlis itu lagi saya rasa seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawab besar saya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, saya kuatkan semangat untuk menghadirinya.

"Saya mengharapkan peminat mendoakan agar penyakit saya ini tidak kritikal dan Insya-Allah saya akan kembali bekerja apabila keadaan kembali pulih," katanya.
Adi putra disyaki terkena gejala 'slipped disc' 4.5 5 OmG Tuesday, 24 March 2015 Adi putra disyaki terkena gejala 'slipped disc' Adi putra disyaki terkena gejala 'slipped disc' - KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Adi Putra, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince C...





Tuesday, 24 March 2015

If you enjoyed this article, sign up for free updates.

author picture

About Author

I'am OmG, a part-time blogger and template designer from Indonesia who is the founder And Author of Butod-Ketot. I love create Blogger Themes, write about blog design, And Blogspot tweaks. You can subscribe me on G+ @ OmG .

No comments

.