Luahan hati tunang mangsa toreh muka Nur Shafiqa


Luahan hati tunang mangsa toreh muka Nur Shafiqa | Tunang kepada Nur Syafiqa, Mohd. Azijja Zafran Zahrani berjanji akan terus setia bersama insan kesayangannya itu walaupun dia mengetahui berkemungkinan besar gadis tersebut mempunyai parut kekal pada mukanya.

Pemuda yang berusia 24 tahun ini mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa pada bulan April yang lepas juga bertekad untuk bersama dengan gadis yang dicintainya itu dalam apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac tahun hadapan.

Luahan hati tunang mangsa toreh muka Nur Shafiqa
Nur Shafiqa (kiri) bersama tunangnya Mohd. Azijjia Zafrab (kanan).

“Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,” katanya.

Dia tidak dapat menggambarkan bagaimana hancur perasaannya ketika ini selepas mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.

“Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini". katanya.

Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,” katanya.

Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.

Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.

"Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya," katanya.

Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh. – MY MEDIA HUB (sumber asal – utusan malaysia)

Berkaitan : Gambar mangsa toreh muka Nur Shafiqa
Luahan hati tunang mangsa toreh muka Nur Shafiqa 4.5 5 OmG Sunday 14 December 2014 Luahan hati tunang mangsa toreh muka Nur Shafiqa - berita isu semasa Nur Shafiqa Luahan hati tunang mangsa toreh muka Nur Shafiqa | Tunang kepada Nur Syafiqa, Mohd. Azijja Zafran Zahrani berjanji akan terus setia bersam...





Sunday 14 December 2014

If you enjoyed this article, sign up for free updates.

author picture

About Author

I'am OmG, a part-time blogger and template designer from Indonesia who is the founder And Author of Butod-Ketot. I love create Blogger Themes, write about blog design, And Blogspot tweaks. You can subscribe me on G+ @ OmG .

No comments

.