Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi


Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi
Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi | Terdapat begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping.

Namun, ada segelintir wanita yang harus dijauhi/dihindari bahkan dikecualikan daripada di jadikan isteri. Berwaspadalah dan ketahui mengenainya dengan lebih lanjut di dalam artikel ini.


Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi

1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka menidakkan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu) yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk.

5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:

a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh melebihi dari dirinya.

b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali diasingkan dengan yang lain dan disendirikan bahagiannya.

6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi - [Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali]
Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi 4.5 5 OmG Tuesday, 17 March 2015 Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi tak boleh dijadikan isteri Calon isteri - 6 wanita yang harus dijauhi | Terdapat begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada k...





Tuesday, 17 March 2015

If you enjoyed this article, sign up for free updates.

author picture

About Author

I'am OmG, a part-time blogger and template designer from Indonesia who is the founder And Author of Butod-Ketot. I love create Blogger Themes, write about blog design, And Blogspot tweaks. You can subscribe me on G+ @ OmG .

No comments

.