Lubuk rezeki - Tempat pembuangan sampah - Kota Kinabalu : Perjalanan lebih 50 kilometer tidak menjadi masalah buat wanita bernama Ani Wahab, 55, bersama suaminya, Ahmad Abdullah, 57, untuk mencari rezeki di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini.
Mereka yang berasal dari sebuah perkampungan di Kota Belud mengambil masa satu jam perjalanan sebelum tiba di tapak pelupusan sampah itu kira-kira jam 11 pagi.
Menurut Ani, selain bersama suami, perjalanan mereka turut disertai sepupunya, Supiah Yombungus, 48, bersama suami.
“Ini kali pertama kami ke sini selepas dimaklumkan seorang rakan, minggu lalu. Justeru, kami bercadang datang ke sini lagi untuk mencari bahan-bahan buangan yang boleh dijual kepada peraih untuk dikitar semula.
“Syukur sepanjang beberapa tahun terbabit dalam aktiviti mencari bahan buangan ini, kami tidak pernah mengalami sakit kecuali hanya demam biasa.
Sumber : Harian metro
No comments
Post a Comment