Hairul azreen - Hanis zalikha nikah 5 jun - KUALA LUMPUR: Selesai majlis pertunangan pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semalam, keluarga mereka sepakat untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 5 Jun depan.
Kedua-dua keluarga juga bersetuju majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan 14 Jun di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Menurut Hanis, pada saat ini majlis akad nikah mereka belum diputuskan sama ada akan diadakan di kediaman keluarganya di Bukit Jelutong atau di masjid.
Saya bersyukur sebab semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Lega bila keluarga dapat berbincang bertentang mata dan kenal-mengenali sebelum anak mereka bernikah.- katanya.
Selesai satu fasa mengikut adat, sekarang teruja terus-menerus ke persiapan kahwin. Insya-Allah doakan semuanya berjalan seperti dirancang," katanya lagi..
Pasangan ini mengejutkan industri seni selepas Hairul melamar Hanis secara langsung pada 4 Januari lalu menerusi siaran langsung pertandingan Gegar Vaganza anjuran stesen penyiaran Astro.
Sumber : berita harian
hanis zalikha dilamar, tunang pertunangan nikah 5 jun hairul azreen, biodata gambar video kekasih instagram blog dulu dan sekarang tolak terima lamaran gwiyomi, jawab kecewa teguran ustaz
No comments
Post a Comment