Selamat tinggal astro - Jun 2015 - Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.
Menurut laporan dari portal Online tempatan, SuaraTV memberitahu, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).
- Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.
- Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya..
Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.
Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.
Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.
Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.
Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.
Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.
Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.
No comments
Post a Comment